Saturday, May 1, 2010
Tuesday, September 15, 2009
Thursday, January 8, 2009
Thursday, July 10, 2008
kudakepang#links
kudakepang#links
Datuk patut menyambut seruan Tun Dr Mahathir, keluar meninggalkan UMNO. Selagi bersama UMNO, Datuk turut bersubahat dalam usaha memburukkan dan mengagalkan kecemerlangan MALAYSIA
Datuk patut menyambut seruan Tun Dr Mahathir, keluar meninggalkan UMNO. Selagi bersama UMNO, Datuk turut bersubahat dalam usaha memburukkan dan mengagalkan kecemerlangan MALAYSIA
Thursday, June 19, 2008
HAJIMAN IBRAHIM: Dr Mahathir Mohamad: Samy's Folly
HAJIMAN IBRAHIM: Dr Mahathir Mohamad: Samy's Folly
Perbelanjaan yang besar dibiayai untuk memperbaiki MRR2 perlu diambil kira sebagai kelalaian beliau. Tuntutan yang melampau dan keterlaluan dalam memperjuangkan bahasa ibunda juga tidak menjurus kearah kemakmuran sejagat. Penguasaan bahasa melayu nya memualkan disamping kesopanan dalam sidang akhbarnya kekadang menyinggung banyak pihak. Beliau memang bagus sebagai pemimpin racist tapi tidak untuk Malaysia.
Perbelanjaan yang besar dibiayai untuk memperbaiki MRR2 perlu diambil kira sebagai kelalaian beliau. Tuntutan yang melampau dan keterlaluan dalam memperjuangkan bahasa ibunda juga tidak menjurus kearah kemakmuran sejagat. Penguasaan bahasa melayu nya memualkan disamping kesopanan dalam sidang akhbarnya kekadang menyinggung banyak pihak. Beliau memang bagus sebagai pemimpin racist tapi tidak untuk Malaysia.
Dr Mahathir Mohamad: Samy's Folly
Dr Mahathir Mohamad: Samy's Folly
Well like Karpal keep on support AAB, why dont we urge Indian keep on supporting Samy Velu. Let the malays also support him. Beside we know India feel nausea at him.
Well like Karpal keep on support AAB, why dont we urge Indian keep on supporting Samy Velu. Let the malays also support him. Beside we know India feel nausea at him.
MalaysiaMenanggung berBILLION ringgit
Kerajaan MalaysiaMenanggung berBILLION ringgit
SUBSIDI kepada RAKYAT SINGAPURA!!
Mungkin di antara kita terleka dan berhujjah berkenaan subsidi Minyak yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysiapimpinan Umno kepada Rakyatnya,Namun ramai diantara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan Malaysiajuga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada rakyat Singapura. ada dikalangan pemimpin pembangkang juga gagal menyedarkan rakyat dalam isu ini. tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan, kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.namun ia hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailandyang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura.
bila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailandyang menjadi mangsa. walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras berkualiti dari Thailand. Mengapa pula negara sekecil Singapura yang tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering menjadi anak emas Kerajaan Malaysia.Apakah warga Singapura tidak menyeludup atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysiauntuk menyeludup apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura disini akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysiaberikan subsidi kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.
1. Kerajaan MalaysiaMemberi Subsidi Air Pada Singapura
walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura. sebutkan mana mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysiakepada Singapura tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysiatetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. kenapa Kerajaan malaysiatidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa.
Sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara Malaysiadan Singapura. kalau diikut pada kiraan 50sen harga yang patut dijual Malaysiakepada Singapura ini bermakna Malaysiamemberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun. inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.
lihat perjanjian tersebut .
PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
1. Mengikut perjanjian ini, Malaysiaperlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
2. Malaysiapula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
3. Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
4. Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
5. Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysiakepada kapal - kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.
PERJANJIAN AIR 1990
1. Perjanjian ini menyebabkan Malaysiaperlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
2. Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
3. Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061.
2. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura.
tahukah anda ratusan ribu kereta singapura menyeberang ke Johor setiap minggu, mengikut statistik penggunaan Minyak dikawasam sempadan dengan Thailandhanya sekitar 10 - 12juta sebulan. manakala jualan minyak disempadan johor ianya mencecah RM 45-50juta sebulan. apakah semua minyak tersebut digunakan warga Johor kalau diandaikan hanya separuh nilai tersebut digunakan rakyat Singapura Malaysia memberikan hampir 600juta setahun Subsidi berbanding harga pasaran Singapura iaitu RM 5per/litter.itupun dikira murah kerana nilai dollar Singapura 3 kali ganda dari matawang kita.sebenarnya cara kerajaan Malaysia mengstrukturkan semula subsidi minyak inipun gagal menyekat dari rakyat singapura menikmati subsidi. lebih baik adakan sahaja kaunter minyak khas untuk warga asing, selesai masalah.
3. Kerajaan MalaysiaMemberikan Subsidi Makanan Pada Singapura.
Kerajaan Malaysiaberia ia menyekat warga thailandmembawa keluar minyak masak, tetapi pernahkah Kerajaan Malaysiamerampas barangan dari warga Singapura yang mengeluarkan Minyak,Beras,barangan dapur dan Ikan dari sempadan Johor jawapannya tidak kerana Malaysiatidak berhak mengusik sedikitpun rakyat Singapura. sedangkan kerajaan menekan warga Thailandyang majoritinya adalah sama bangsa dan agama dengan kita.sedangkan kita memerlukan juga beras dari Thailand.kadang kadang sedih melihat bagaimana gula dan minyak 2-3kilopun dirampas. mungkin kerana mereka tidak memakai kereta mewah seperti warga Singapura.inipun dianggarkan jualan disempadan Johor adalah sekitar 100juta.dalam keadaan pendapatan mereka 3 kali ganda dari Malaysia mereka juga diberikan hak Kerajaan Malaysia untuk menikmati subsidi makanan.
4. Kerajaan Malaysia beri Subsidi pasir, Tanah dan Pulau kepada Singapura.
Seperti mana pendedahan Tun Dr Mahathir yang terbaru, kerajaan Malaysia dibawah paklah telah menjual pasir kepada Singapura, semuanya bagi menampung pembesaran kawasan baru untuk warga singapura hidup selesa walaupun perairan dan kawasan penangkapan ikan rakyat malaysia terjejas. tidak cukup dengan pasir Kerajaan Malaysiajuga mengsubsidikan tanah rizab melayu dan wilayah yang menjadi kedaulatannya kepada singapura melalui WPI atas nama pelaburan, dan tunggulah saatnya nanti nasib tanah di WPI akan senasib isu air dan pulau batu putih. semuanya adalah subsidi dengan ehsan kerajaan Malaysia. malah pulau batu putih dan Negara Singapura itupun sebenarnya adalah Subsidi yang diberikan pemimpin Umno terdahulu kepada cina berfahaman komunis iaitu Lee Kuan yew. malah sehingga kini kerajaan Malaysiamasih menyambut baik kedatangan pemimpin ini sehinggakan Malaysiasanggup mengeluarkan kos membeli buah Durian yang bernilai RM 24,000 hanya kerana menyenangkan hati pemimpin Singapura. melalui menantunya beberapa kepentingan negara kini juga disubsidikan untuk syarikat pelaburan Singapura iaitu Temasek.
Jadi dalam kita menilai sikap kerajaan pada Singapura, berbanding rakyat sendiri , anda kini boleh melihat dengan jelas. mereka menekan rakyat dan menjadikan rakyat Singapura sebagai anak emas mereka. kenapa tidak mereka ungkit sahaja Subsidi air yang telah mereka berikan berpuluh tahun kepada rakyat Singapura.inilah wajah sebenar pemimpin yang menggadaikan kedaulatan Negara. inilah pemimpin UMNO.
"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"
Subscribe to:
Posts (Atom)